Helikopter Tentera Thai Terhempas, Empat Cedera

Diterbitkan: Ahad, 21 Disember 2014 10:27 PM

(Ubah saiz teks)

YALA: Sebuah helikopter tentera yang meninjau keadaan banjir di Yala, selatan Thailand, terhempas menyebabkan empat orang cedera.   

Helikopter, model Bell 206, dari Task Force Yala yang membawa empat anggota tentera terhempas dalam kebun getah di kampong Poyak, Mukim Lamai, daerah Muang Yala pada jam 1.30 petang Ahad ketika dalam perjalanan pulang dari meninjau suasana banjir di wilayah tersebut.  

Menurut juruterbang yang cedera (enggan nama didedahkan), helikopter tersebut terbang dari Kem Sirinthon di daerah Yarang, Pattani, pada jam 1 petang dan terhempas setengah jam kemudian ditiup angin kencang.  

Seorang saksi yang enggan disebut nama berkata helikopter itu terbang rendah dan hampir melanggar pokok getah sebelum merempuh pokok kelapa. 

Juga di wilayah Yala, mayat seorang guru lelaki yang dikenali sebagai Cikgu Abdullah Yakub, 33 tahun, yang dilapor hilang pada 18 Disember lalu ditemui di pintu Empangan Pattani pagi Ahad.

Beliau dipercayai jatuh ke dalam sungai Pattani semasa menunggang motosikal. Motosikalnya dijumpai di tepi Sungai Pattani. 

Sejak berlaku banjir buruk 15 Disember lepas, sudah enam orang maut termasuk dua kanak-kanak. Tiga lagi cedera akibat tanah runtuh. 

Di wilayah Pattani sudah masuk hari ketiga penduduk di tujuh daerah menjadi mangsa banjir yang melibatkan 18,824 orang di 35 mukim dan 130 buah kampung. 

Pejabat Pencegahan Bencana dan Penyelamat Wilayah Pattani berkata, hujan lebat dan jumlah air dari bahagian utara Sungai Pattani dan Sungai Saiburi yang melalui tujuh daerah tersebut untuk mengalir ke laut menyebabkan kawasan terbabit ditenggelami air. 

Sementara itu, di Narathiwat mayat seorang tentera laut Sarjan Channarong Malichuen yang hilang di pukul arus deras tiga hari lepas ketika naik perahu membantu penduduk di Sungai Golok ditemui mati lemas sejauh enam kilometer dari tempat kejadian pada kira-kira jam 4 petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sungai Golok Kol. Weasamae Saleh berkata, mayat mangsa dijumpa oleh penduduk Kampong Muba, Mukim Pasir Mas, Daerah Sungai Golok tersangkut di sebatang pokok.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan