Pintu Sempadan Rafah Dibuka Semula Ahad

Diterbitkan: Sabtu, 20 Disember 2014 9:05 PM

Pintu sempadan Mesir-Gaza di Rafah. Foto AP

(Ubah saiz teks)

KAHERAH: Mesir membuka semula pintu sempadan Gaza-Mesir di Rafah buat kali kedua dalam tempoh dua bulan bagi membolehkan mereka yang terkandas di Mesir memasuki wilayah Palestin.

Laluan Rafah merupakan satu-satunya pintu masuk ke Semenanjung Gaza yang tidak dikawal oleh Israel.

Mesir menutup pintu sempadan itu pada akhir Oktober lalu berikutan insiden pengeboman di Semenanjung Sinai yang mengakibatkan kehilangan nyawa.

Ia kemudiannya dibuka semula pada akhir November lalu bagi membolehkan rakyat Palestin yang berada di Mesir untuk pulang ke negara mereka.

Pegawai polis, Ali al-Azazi memberitahu AFP  bahawa operasi yang sama diadakan dari Ahad dan hanya berlangsung selama dua hari.

"Mesir akan membuka pintu sempadan di Arafah pada Ahad dan Isnin bagi membolehkan mereka yang terkandas di bahagian Mesir dapat memasuki Gaza," katanya.

Lebih 3,500 rakyat Palestin terkandas apabila Mesir menuntup pintu sempadan itu selepas satu serangan berani mati mengorbankan 30 tentera di Utara Sinai pada 24 Oktober lalu, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada bulan lalu.

Ramai rakyat Palestin yang memasuki Mesir melalui Rafah merupakan pelajar di Universiti dan kawasan sekitar, atau pesakit yang memerlukan rawatan perubatan. - AFP

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan