MH17: 700 Cebisan Mayat Masih Belum Dikenal Pasti

Diterbitkan: Sabtu, 20 Disember 2014 2:53 PM

Papan tanda dilarang masuk diletakkan di lokasi nahas MH17 yang masih dipantau rapi pasukan penyiasat.

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Keluarga salah seorang mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 mendedahkan sebanyak 700 cebisan mayat tragedi itu masih dalam proses untuk dikenal pasti identiti mereka oleh pihak penyiasat di Belanda.

Akhbar Daily Mail melaporkan, keluarga kepada seorang pelajar, Ben Pocock, 20, dari Keynsham, Bristol yang turut terbunuh dalam nahas itu berkata, anak mereka dalam perjalanan ke Australia ketika nahas berlaku.

Pocock adalah pelajar tahun dua kursus ijazah sarjana Perniagaan Antarabangsa di Universiti Loughborough.

Bapanya, Jeremy Pocock berkata, keluarganya bersyukur kerana menerima hampir kesemua anggota badan anaknya.

“Kami merupakan salah satu daripada keluarga mangsa yang perlu melalui proses untuk mengenal pasti mayat mangsa dengan lebih lanjut.

“Hanya beberapa hari lalu kami dimaklumkan terdapat 700 serpihan tisu dan tulang manusia masih belum dikenal pasti dan ia adalah satu proses yang akan berlanjutan sehingga April atau Mei ini,” katanya kepada BBC TV malam Jumaat.

Pihak berkuasa mengumumkan pada awal Disember lalu sebahagian cebisan anggota badan 38 rakyat Australia yang maut dalam nahas MH17, setakat ini telah dikenal pasti secara fomal.
Tags / Kata Kunci: MH17 , cebisan mayat , pesawat , Belanda

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan