Utara Jepun Dilanda Ribut Salji - Berita Dunia | mStar

Utara Jepun Dilanda Ribut Salji

Diterbitkan: Rabu, 17 Disember 2014 1:13 PM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Utara Jepun pada Rabu dilanda ribu sajli dan angin kencang, mengakibatkan 300 penerbangan terpaksa dibatalkan dan banyak kenderaan terbenam dalam salji.

Menurut agensi cuaca, salji setinggi 28 inci melitupi di kebanyakan kawasan di Hokkaido dalam tempoh 24 jam.

Keadaan salji yang lebat itu memaksa dua syarikat penerbangan utama, All Nippon Airways dan Japan Airlines membatalkan sekurang-kurangnya 296 penerbangan domestik dan antarabangsa, lapor Jiji Press.

"Kami sedang berusaha untuk mengalihkan litupan salji di jalan," kata seorang pegawai di bandar Obhiro kepada AFP.

"Sebanyak 50 kenderaan terperangkap dalam salji," katanya. 

Agensi Meteorologi Jepun berkata, keadaan ribu salji akan berterusan sehingga khamis. - AFP

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan