Polis Henti Siasat Kes Ketua Pengarang Jakarta Post

Diterbitkan: Isnin, 15 Disember 2014 4:43 PM

Meidyatama Suryodiningrat

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Ketua Pengarang The Jakarta Post tidak akan disiasat lanjut berhubung dakwaan kononnya akhbar itu menghina Islam melalui penyiaran kartun awal bulan ini.

Anggota Dewan Media Indonesia, Yosep Adi Prasetyo berkata, mereka berhubung dengan Ketua Polis Indonesia, Jeneral Sutarman dan pegawai kanan lain pasukan itu.

“Kami mencapai persetujuan untuk tidak melanjutkan kes berkenaan. Pada kami, kes itu selesai,” katanya.

Khamis lalu polis memulakan siasatan terhadap Meidyatama Suryodiningrat selepas menerima aduan orang awam yang menuduhnya melakukan penghinaan ke atas Islam.

Kartun yang dipertikaikan itu memaparkan bendera berlambang tengkoran (seperti logo lanun) disertai dengan kalimah syahadah.

Ia disiarkan pada 3 Julai dan ditarik semula akhbar itu lima hari kemudian.

Akhbar itu menganggap kartun berkenaan adalah satiran untuk mentertawakan kumpulan Negara Islam yang dianggap militan, tetapi dianggap pihak tertentu sebagai mencemar kesucian agama.

Menurut Yosep, pertemuan dengan polis itu diadakan pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Katanya, isu The Jakarta Post sepatutnya berkait dengan masalah etika.

“Sejak 2011 kami dan polis bersetuju bahawa kes yang ditangani Dewan Media Indonesia tidak lagi perlu diurus oleh polis,” katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan