Gambar Putera George Hadiah Sempena Krismas

Diterbitkan: Isnin, 15 Disember 2014 11:47 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Sempena sambutan Krismas kali ini, Duke dan Duchess of Cambridge mengedarkan  foto pewaris ketiga takhta Britain, Putera George Alexander Louis.

George yang dilahirkan pada 22 Julai 2013 kini berusia 17 bulan.

Putera sulung kepada pasangan diraja, Putera William dan Kate Middleton ini bakal mendapat adik yang dijangka lahir pada April tahun depan.

Menurut laoran media tempatan negara itu, menerusi gambar itu, George kelihatan segak memakai baju jumper dengan sulaman imej anggota tentera yang sedang mengawal Istana Buckingham milik nendanya Ratu Elizabeth II.

Gambar itu dirakam oleh setiausaha peribadi Putera Harry, Ed Lane Fox di pekarangan taman Istana Kensington, bulan lalu.

Ia sebagai tanda terima kasih pasangan diraja itu kepada pihak media yang tidak mendedahkan sebarang gambar anaknya.

Putera William dan Kate dikenali sebagai pasangan yang menjaga privasi putera sulung mereka itu dan memohon pihak media membenarkan George membesar tanpa sebarang gangguan.


 

 


Tags / Kata Kunci: Krismas , Putera George , Kate Middleton

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan