Lamaran Bawa Padah, Kren Hempap Bumbung Rumah Jiran Kekasih

Diterbitkan: Ahad, 14 Disember 2014 8:21 AM

(Ubah saiz teks)

RANCANGAN seorang lelaki yang mahu melamar kekasihnya untuk dijadikan isteri dengan cara paling unik membawa padah apabila kren yang digunakannya bagi membuat kejutan itu berakhir dengan kejadian buruk.

Cincin sudah dibeli, waktu yang sesuai dipilih dan kren telah disewa khas untuk melakukan kejutan istimewa itu. Bagaimanapun rancangan lelaki berkenaan gagal apabila berlaku kemalangan yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapapun.

Hasratnya untuk dilihat tergantung secara romantik di luar tingkap bilik tidur kekasihnya bagi membuat lamaran itu dengan menggunakan kren tidak kesampaian.

Kren yang membawanya bersama cincin lamaran itu secara tiba-tiba tumbang dan menghempap bumbung rumah jiran kekasihnya.

Keadaan itu disebabkan kedudukan kren yang tidak kukuh dan kejadian bertambah buruk apabila ia turut merosakkan beberapa rumah lain di bandar IJsselstein, Belanda.

Lelaki itu bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan.

Penghuni di enam unit apartment di kawasan sekitar terpaksa dipindahkan dan datuk bandar itu dipercayai telah mengisytiharkan bangunan itu tidak selamat.

Walaupun kejadian itu tidak berlaku seperti yang dirancang, kekasihnya menerima lamarannya dan pasangan berkenaan dipercayai meraikannya di Paris. - mirror.co.uk




iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan