Lelaki Mengaku 'Suka-Suka' Bunuh 42 Orang

Diterbitkan: Sabtu, 13 Disember 2014 12:44 PM

Das Gracas (tengah) ketika ditahan pihak berkuasa berikutan pengakuannya yang mengejutkan ramai.

(Ubah saiz teks)

BRASILIA (BRAZIL): Seorang pembunuh bersiri mengejutkan rakyat negara ini apabila membuat pengakuan membunuh 42 orang hanya untuk suka-suka sejak 10 tahun lalu.

Sailson Jose das Gracas ditahan pihak berkuasa di Rio de Janeiro, pada Khamis selepas memberitahu pihak media mengenai keseronokannya membunuh kesemua mangsa.

Dia juga menceritakan apa yang dilakukannya sebelum bertindak menamatkan nyawa mangsanya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan usia.

"Saya akan kaji sedikit sebanyak tentang diri mangsa selama berbulan-bulan dan akan tunggu masa sesuai untuk pecah masuk ke rumah mangsa dan bunuh mereka," katanya.

Berusia 26 tahun, das Gracas berkata, dia mula membunuh ketika berusia 17 tahun dan sehingga kini telah membunuh 38 wanita, tiga lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun.


iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan