Identiti Pemilik Akaun Twitter Pro ISIS, @ShamiWitness Didedah

Diterbitkan: Jumaat, 12 Disember 2014 1:32 PM

Gambar yang dimuatkan pada akaun Twitter @ShamiWitness

(Ubah saiz teks)

IDENTITI dan lokasi individu tidak dikenali yang mengendalikan akaun Twitter pro kumpulan militan Negara Islam dan Syria (ISIS) yang begitu berpengaruh kini terbongkar.

Lelaki itu dikenali sebagai Mehdi dan bekerja sebagai eksekutif di Bangalore.

India Today melaporkan, dia dipercayai individu yang berselindung di sebalik nama akaun Twitter @ShamiWitness yang mempunyai lebih 17,700 pengikut dengan tweet yang dilihat mencecah dua juta setiap bulan.

Laporan Channel 4 News pula bagaimanapun tidak mendedahkan nama sebenar Mehdi kerana lelaki itu mendakwa nyawanya akan terancam jika identitinya diketahui umum.

Selain itu, laporan itu juga menyebut Mehdi tidak dapat meneruskan hasrat untuk menyertai IS kerana dia adalah sumber kewangan utama keluarganya.

"Jika saya berpeluang meninggalkan segala-galanya dan menyertai kumpulan itu sudah pasti saya akan lakukannya, tetapi keluarga lebih memerlukan saya di sini."

Menggunakan akaun @ShamiWitness, dia mentweet video pembunuhan beramai-ramai tentera Syria dan petugas perubatan, Peter Kassig lima kali dalam masa seminit sebaik ia dimuatnaik ke internet.

Tags / Kata Kunci: Twitter , shamwitness , Bangalore , ISIS , Mehdi

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan