Penduduk Tempah Bahaya Guna Kereta Kabel Usang Setiap Hari - Berita Dunia | mStar

Penduduk Tempah Bahaya Guna Kereta Kabel Usang Setiap Hari

Diterbitkan: Khamis, 11 Disember 2014 4:31 PM

Beginilah kereta kabel yang digunakan penduduk Yushan seharian tanpa memikirkan risiko keselamatan.

(Ubah saiz teks)

PENDUDUK di sebuah perkampungan di China menggunakan sebuah 'kereta kabel' yang agak usang untuk membawa semua dari manusia hingga ke barang bekalan, merentasi satu kilometer setiap hari.

Keadaan itu mungkin kelihatan hanya menempa maut, tetapi itulah yang berlaku dalam kehidupan penduduk Yushan di daerah Heng, di wilayah Hubei, China.

Tanpa kemudahan kereta kebal itu, mereka terpaksa melalui perjalanan selama lebih sehari setiap kali mahu meninggalkan perkampungan di kawasan pergunungan.

Kampung Yushan telah lama didiami sejak beratus tahun dahulu. Mereka jarang sekali perlu keluar di 'dunia luar' melainkan membeli kelengkapan dan bekalan lain, dan tinggal dalam kelompok mereka sahaja. 

Bagaimanapun, dunia moden telah mengubah segalanya apabila kanak-kanak diberitahu bahawa mereka perlu pergi ke sekolah, dan kebanyakan barangan yang perlu digunakan termasuk televisyen, telefon bimbit dan komputer.

Segelintir penduduk mahu bekerja di luar perkampungan itu tetapi adalah mustahil memandangkan perjalanan untuk merentasi lembah mengambil masa sehari selain perjalanan yang curam dan berbahaya.

Keadaan itu diselamatkan oleh satu kemudahan yang diinspirasikan daripada kereta kabel gunung Alps.

Seorang penduduk yang sudah lama menetap di Yushan, Xiong Sun, 79, berkata: "Kami berasa bangga kerana kemudahan ini telah digunakan tanpa masalah selama hampir dua dekad. Ini bermakna kehidupan boleh diteruskan sebagaimana kampung-kampung lain walaupun hakikatnya Yushan terletak di kawasan yang hanya didatangi burung-burung helang.

Mereka dapat membeli kabel terpakai dari sebuah resort percutian ski di Eropah dan membuat sambungan dengan kereta kebal buatan sendiri.

Perjalanannya hanya mengambil beberapa minit, bagi membolehkan kanak-kanak pergi ke sekolah dan orang dewasa ke tempat kerja. - mirror.co.uk





   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan