Pistorius Berdepan Hukuman Lebih Berat

Diterbitkan: Rabu, 10 Disember 2014 5:09 PM

(Ubah saiz teks)

PRETORIA: Pendakwa raya Afrika Selatan pada Rabu berjaya dalam rayuan untuk mengenakan hukuman lebih berat terhadap bintang paralimpik, Oscar Pistorius kerana membunuh teman wanitanya, Reeva Steenkamp.

Permohonan rayuan yang dikemukakan itu kini membuka ruang untuk atlet berkenaan disabitkan hukuman bunuh.

"Saya tidak pasti bagaimana peluang kes ini di Mahkamah Tinggi," kata Hakim Mahkamah Tinggi, Thokozile Masipa ketika membenarkan permohonan rayuan itu.

Pendakwa raya, Gerrie Nel mengemukakan permohonan rayuan itu selepas Masipa pada Oktober mengenakan hukuman penjara lima tahun kepada Pistorius.

Pistorius dituduh menyebabkan kematian Steenkamp tanpa niat pada tahun lalu, apabila menembaknya menerusi pintu tandas tertutup di rumahnya.

Beliau dalam keterangannya kepada mahkamah berkata, kejadian itu merupakan satu kemalangan selepas tersalah anggap teman wanitanya sebagai penceroboh pada waktu malam.

Perbicaraan Pistorius menarik perhatian dunia kerana statusnya sebagai bintang sukan ternama Afrika Selatan lebih-lebih lagi setelah dia mencipta sejarah sebagai pelari yang pertama mengambil bahagian dalam temasya Sukan Olimpik di London pada 2012 menggunakan bilah gentian optik sebagai ganti.

Dilahirkan pada 1986 di Johannesburg tanpa tulang fibula, Pistorius telah menjalani pembedahan untuk membuang kedua-dua belah kakinya di bawah paras lutut apabila dia berusia 11 bulan.

Dia kemudiannya memilih untuk menjadi pelari sepenuh masa dengan menggunakan bilah gentian optik menjadikannya popular dengan gelaran "the Blade Runner".



Tags / Kata Kunci: Pistorius , Masipa , Gerrie Nel

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan