Gitar Jokowi Jadi Contoh Kempen Antirasuah Indonesia

Diterbitkan: Rabu, 10 Disember 2014 4:10 PM

Gitar Jokowi menjadi simbol kesungguhan kerajaan Indonesia memerangi rasuah.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Sebuah gitar Presiden Joko Widodo yang dihadiahkan pemain bass kumpulan Metallica, Robert Agustin Trujillo, kini dijadikan simbol kepada kesungguhan kerajaan Indonesia memerangi rasuah.

Sempena sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa, Rabu, Suruhanjaya Pembasmi  Rasuah (KPK) membawa gitar itu ke Jogjakarta sebagai satu daripada bahan pembelajaran untuk orang ramai.

Jurucakap KPK, Johan Budi berkata, pegawai kerajaan wajib melaporkan setiap hadiah diterima mereka kepada agensi antirasuah berkenaan.

“Walaupun Jokowi peminat Metallica, dia rela menyerahkan gitar berkenaan kepada negara kerana ia boleh disalah anggap.

“Gitar ini kini menjadi hak Kementerian Kewangan,” katanya.

Jokowi menerima hadiah gitar siap bertanda tangan Trujillo ketika masih berkhidmat sebagai Gabenor Jakarata.

Hadiah itu diberikan karena Trujillo tahu Jokowi adalah peminat tegar Metallica.

Sebelum ini Ketua Pengarah Bahagian Harta Negara di Kementerian Kewangan mengesahkan gitar itu kini menjadi hak milik kerajaan.

KPK juga tidak bercadang melelong gitar itu, sebaliknya akan disimpan sebagai bahan pendidikan.

Selain gitar, ada enam barang lain milik Jokowi yang ditetapkan menjadi milik kerajaan, iaitu iPad 2, telefon bimbit Samsung Galaxy S Advance, iPhone 5, kain batik, dan cenderahati berupa replika atau miniatur.

Tags / Kata Kunci: gitar , Joko Widodo , antirasuah , KPK , Metallica

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan