Filem Biopik Hawking Rapatkan Hubungan Dengan Bekas Isteri Pertama

Diterbitkan: Rabu, 10 Disember 2014 4:22 PM

Hawking bersama Wilde serta pelakon Redmayne dan Jones pada tayangan perdana filem biopik, The Theory Of Everything.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Filem biopik merapatkan hubungan pakar fizik dan matematik terkenal, Stephen Hawking dengan bekas isteri pertamanya, Jane Wilde.

Mereka hadir bersama pada tayangan perdana filem The Theory Of Everything yang mengisahkan kehidupan pasangan itu di awal perkahwinan mereka.

Hawking dan Wilde bercerai pada 1995 selepas 30 tahun berkahwin.

Bagaimanapun kedua-duanya mulai rapak sejak 2006 apabila Hawking berpisah dengan isteri keduanya.

Ketika tayangan perdana itu, kedua-duanya kelihatan mesra ketika menyaksikan filem berkenaan di Odeon di Leicester Square.

Menerusi filem itu, watak Hawking dilakonkan Eddie Redmayne, manakala Felicity Jones melakonkan watak isterinya.

Pasangan itu kelihatan beramah mesra dengan kedua-dua pelakon yang mendapat pujian kerana berjaya membawa watak saintis terkemuka yang menghidap penyakit saraf dan isteri pertamanya itu.

Filem yang menjadi pilihan untuk memenangi anugerah itu dihasilkan berdasarkan buku berjudul Travelling to Infinity: My Life With Stephen.

Ia berkisar hubungan pasangan itu terutama ketika Hawking melanjutkan pengajiannya di peringkat PhD di Cambridge sehingga 1989.

Tags / Kata Kunci: biopik , Stephen Hawking , Jane Wilde

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan