MH17: Belanda Tolak Saranan PBB, Janji Lakukan Yang Terbaik

Diterbitkan: Rabu, 10 Disember 2014 4:36 PM

(Ubah saiz teks)

AMSTERDAM: Kerajaan Belanda menolak saranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya siasatan tragedi MH17 diserahkan kepada badan dunia itu.

Sebaliknya negara itu berjanji akan melakukan yang terbaik walaupun berdepan pelbagai kesukaran.

Pesawat Penerbangan Malaysian (MAS) itu ditembak jatuh di kawasan yang dikuasai puak pemisah yang pro-Russia di timur Ukraine pada 17 Julai lalu yang mengorbankan semua 298 orang di dalam pesawat.

Serpihan bangkai pesawat tiba di Belanda, Selasa menggunakan trak untuk membolehkan penyiasatan yang diketuai Belanda dilakukan terhadap nahas itu.

Menerusi surat daripada firma peguam yang mewakili beberapa keluarga mangsa nahas, pegawai tinggi kerajaan Belanda dilaporkan berkata, pasukan penyiasat berdepan dengan situasi geopolitik yang rumit di zon konflik dan akan cuba untuk melakukan setakat yang termampu.

Konvoi beberapa trak yang membawa serpihan bangkai pesawat itu dari Ukraine tiba di pangkalan udara Gilze-Rijen kira-kira 2 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia) pada Selasa.

Bangkai pesawat itu kelak akan dibentuk semula sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap tragedi pada 17 Julai itu.

Semasa tiba di pangkalan udara itu, bangkai berkenaan dibawa turun mengikut protokol tetap dan semua komponen bangkai itu akan diambil gambar, diimbas dan dikategorikan mengikut prosedur tetap.


Tags / Kata Kunci: MH17 , PBB , Belanda , siasatan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan