Tuah Sang Kucing Jutawan

Diterbitkan: Selasa, 9 Disember 2014 1:30 PM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Populariti dan pelbagai skandal, kekayaan Kim Kardashian ternyata gagal menandingi harta dimiliki seekor kucing berwajah perengus yang dikenali sebagai Grumpy Cat.

Kucing itu melakar nama dan dikenali di seluruh dunia selepas gambarnya dimuat naik di Reddit dan segera menarik perhatian kerana wajahnya yang unik akibat kecacatan semula jadi.

Di sebalik wajah murung dan sedihnya, kucing itu sebenarnya kini bergelar jutawan dan dianggap satu daripada ‘selebriti’ terkaya di dunia tahun ini.

Laporan media menyatakan, nilai kekayaan kucing itu diangarkan melebih AS$100 juta (RM349 juta).

Sejak popular di Internet, memek muka dan penampilan kucing berkenaan menjadi ikutan dan mencetuskan idea di kalangan ahli perniagaan.

Selain dijadikan buku, pelbagai barang dagangan dijual dengan berdasarkan wajah atau perwatakan kucing itu.

Ia juga menjadi sumber ilham kepada munculnya filem Grumpy Cat’s Worst Christmas.

Menurut Celebrity Net Worth, Grumpy Cat memperoleh kekayaan lebih tinggi berbanding Kim Kardashian,  Russell Brand dan Cameron Diaz.

Di sebalik tuah itu, pemilik kucing berkenaan, Tabatha Bundesen, 29, berkata, nilai yang diletakkan pada haiwan kesayangannya itu tidak berbaloi sama sekali.

Menetap di Arizona, Amerika Syarikat, beliau berkata, anggaran harga yang diberikan untuk kucingnya itu tidak tepat.

Dia yang sepatutnya boleh meletakkan jawatan sebagai pelayan pada hari pertama kucing itu muncul di media sosial berkata, ada beberapa “kosong” lagi yang perlu ditambah jika ada mana-mana pihak mahu menilai harta kekayaan haiwan kesayangannya itu.

Namun Bundesen enggan mendedahkan angka tepat kekayaan berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Grumpy Cat , jutawan , Arizona

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan