PM Somalia Digulingkan Ahli Parlimen

Diterbitkan: Ahad, 7 Disember 2014 12:38 PM

Abdiweli Sheikh Ahmed

(Ubah saiz teks)

MOGADISHU: Perdana Menteri Somalia mendapat undi tidak percaya daripada ahli parlimen negara itu berikutan kritikan oleh presidennya dan pihak luar.

Berikutan itu, Presiden Hassan Sheikh Mohamud (gambar bawah) diberi masa selama 30 hari untuk menamakan perdana menteri baharu bagi menggantikan Abdiweli Sheikh Ahmed.



Ahmed mengambil alih jawatan perdana menteri pada tahun sebelum dia digulingkan pada Sabtu.

Dalam undian tersebut, Ahmed mendapat 80 sokongan, tetapi sebanyak 153 undi lagi menyatakan mereka hilang kepercayaan pemimpin berkenaan.

Hubungan antara Ahmed dengan presiden tegang apabila Sheikh Mohamud menuduh perdana menteri itu tidak membuat rundingan dengannya ketika melakukan rombakan kabinet.

Tags / Kata Kunci: Somalia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan