10 Anggota Keselamatan Maut Dalam Serangan Militan Di Kashmir

Diterbitkan: Jumaat, 5 Disember 2014 4:19 PM

(Ubah saiz teks)

SRINAGAR: Seramai tujuh anggota tentera dan tiga polis terkorban apabila sebuah kem tentera di Uri, Kashmir di sini diserang kumpulan militan pada Jumaat.

Dalam serangan pada hari pilihan raya tempatan itu, seramai tiga anggota militan turut terkorban.

Serangan itu dilapor berlaku sehari sebelum Perdana Menteri India, Narendra Modi (gambar) dijadual melawat Kashmir yang merupakan kawasan banjaran Himalaya.



Difahamkan ribuan anggota tentera telah ditugaskan di Kashmir sejak berbulan lalu berikutan lawatan yang akan dibuat.

"Seramai tujuh anggota tentera, tiga anggota polis dan tiga penyerang terkorban dalam kejadian berbalas serangan itu," kata seorang pegawai kanan polis.

Kem tentera di Uri merupakan salah satu daripada kem terbesar yang menempatkan ratusan anggota tentera dan terletak sejauh 100 kilomter dari Srinagar.

Dalam lawatan tersebut, Narendra Modi dilapor cuba mendapatkan sokongan daripada masyarakat Islam di kawasan berkenaan yang menolak pemerintahan Hindu di India.

Lawatan berkenaan juga disifatkan satu cubaan berani perdana menteri itu kerana kawasan tersebut merupakan wilayah bergolak.

Tags / Kata Kunci: Kasmir , Srinagar

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan