Australia Perketat Undang-Undang Imigrasi

Diterbitkan: Jumaat, 5 Disember 2014 4:02 PM

PM Australia, Tony Abbott.

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Kerajaan konservatif Australia pada Jumaat telah meluluskan rang undang-undang imigrasi yang jauh lebih ketat yang antara lain memperkenalkan semula visa sementara kepada pelarian sekaligus menutup peluang dan ruang untuk permastautin secara tetap di negara itu.

Pindaan kepada Akta Migrasi atau Penghijrahan itu pada akhirnya mendapat kelulusan parlimen selepas melalui proses perdebatan yang panas dan panjang.

Visa Perlindungan Sementara yang diperkenalkan itu akan membolehkan orang pelarian menetap di satu kawasan di Australia selama tiga tahun tetapi tidak memberi mereka status atau hak untuk terus kekal menetap di negara itu buat selama-lamanya.

Ini bermakna, selepas tamat tempoh perlindungan sementara itu, mereka boleh dihantar balik ke negara asal mereka tanpa rundingan lagi.

Visa Perlindungan Sementara itu pernah diperkenalkan oleh kerajaan pusat Australia pimpinan Parti Buruh sebelum ini tetapi nampaknya kerajaan sekarang terpaksa berpatah balik demi untuk menangani isu 30,000 pemohon suaka politik di Australia yang sebahagian besarnya tiba dengan bot.

Walaupun keputusan terbaru ini tidak memberi jaminan ke atas pemohon atau pelarian untuk memperolehi hak menetap secara tetap di Australia tetapi kerajaan turut membuat perakuan yang mereka akan menerima tambahan 7,500 orang pelarian lagi termasuklah membebaskan beratus kanak-kanak yang kini masih ditahan di kem tahanan khas di Pulau Chrismas.

Perdana Menteri Tony Abbott berkata, sebagai persetujuan bagi membolehkan pindaan ke atas akta ini mendapat persetujuan senat dan dewan rakyat, beliau telah bersetuju untuk membebaskan 470 orang kanak-kanak dan 1,030 pelarian lagi yang kini sedang berada di Pulau Christmas untuk dipindahkan ke tanah besar Australia.

Australia sebelum ini telah menerima tekanan antarabangsa kerana menahan pelarian-pelarian ini di Pulau Christmas dan juga kerana tidak membenarkan bot yang memasuki perairan mereka mendarat.

Bagaimanapun Abbot ketika bercakap kepada para pemberita di luar bangunan parlimen menegaskan pindaan ke atas Akta Migrasi ini adalah untuk memberi amaran kepada para pelarian bahawa tidak ada sesiapa pun selepas ini yang datang secara haram dengan bot berfikir yang mereka akan terus diberikan status pemastautin tetap secara automatik.

Apa yang akan berlaku ialah mereka akan diberi Visa Perlindungan Sementara sahaja.

Keputusan terbaru ini telah menerima kritikan daripada pertubuhan hak asasi manusia iaitu Amnesty International yang berpendapat, selepas tiga tahun apa yang akan berlaku ialah para pelarian ini akan dikembalikan kepada penyeksa mereka.

“Ia adalah satu pertimbangan yang tidak wajar,” kata Graham Thom, kordinator pelarian antarabangsa Amnesty.


Tags / Kata Kunci: Australia , Tony Abbott

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan