Wanita Ditahan Di Lubnan Bukan Isteri Ketua IS - Iraq

Diterbitkan: Khamis, 4 Disember 2014 11:51 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG wanita yang ditahan pihak berkuasa Lubnan minggu ini bukan isteri pemimpin kumpulan Negara Islam (IS), Abu Bakr al-Baghdadi, sebaliknya saudara kepada lelaki yang didakwa melakukan pengeboman di selatan Iraq, menurut Kementerian Dalam Negeri Iraq.

"Wanita yang ditahan oleh pihak berkuasa Lubnan merupakan Saja Abdul Hamid al-Dulaimi iaitu saudara kepada Omar Abdul Hamid al-Dulaimi - suspek yang dijatuhi hukuman mati kerana melakukan pengeboman.

"Isteri Al-Baghdadi ialah Asmaa Fawzi Mohammed al-Dulaimi serta Esraa Rejab Mahel al-Qaisi dan bukan Saja al-Dulaimi," katanya.

Abu Bakr al-Baghdadi

Abu Bakr al-Baghdadi

Wanita itu merupakan sebahagian daripada sekumpulan tahanan wanita yang dibebaskandalam pertukaran untuk melepaskan sekumpulan biarawati yang ditangkap oleh pemberontak IS di Syria.

Bagaimanapun, pihak keselamatan Lubnan masih mempertahankan tindakan mereka bahawa wanita terbabit merupakan isteri kepada Baghdadi.

"Kami terkejut dengan kenyataan Kementerian Dalam Negeri Iraq kerana berdasarkan siasatan wanita itu mengaku telah berkahwin dengan Ibrahim al-Samarai, yang juga dikenali sebagai Abu Bakr al-Baghdadi," kata seorang pegawai keselamatan Lubnan.

Saja al-Diulaimi ditahan pihak berkuasa pada Selasa selepas dipercayai menggunakan pasport palsu untuk masuk ke negara itu.

Tags / Kata Kunci: IS , Lubnan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan