Al-Qaeda Yaman Ugut Bunuh Wartawan AS

Diterbitkan: Khamis, 4 Disember 2014 1:56 PM

Nasser bin Ali Al-Ansi

(Ubah saiz teks)

DUBAI: Kumpulan Al-Qaeda di Yaman mengugut untuk membunuh seorang wartawan warga Amerika Syarikat (AS) yang diculik setahun lalu jika permintaan mereka tidak dipenuhi negara barat tersebut.

Tebusan berusia 33 tahun yang di culik pada September tahun lalu itu muncul semula menerusi satu video yang menyasikan dia merayu nyawanya diselamatkan.

Wakil kumpulan Al-Qaeda Yaman, Nasser bin Ali Al-Ansi memberi masa selama tiga hari kepada Washington untuk menyempurnakan permintaan mereka jika tidak mahu wartawan terbabit dibunuh.

Nasser bagaimanapun tidak mendedahkan permintaan kumpulan berkenaan dalam klip video itu.

Wartawan terbabit selain itu turut memohon AS mempertimbangkan permintaan tersebut secepat mungkin kerana nyawanya berada dalam keadaan bahaya.

Tags / Kata Kunci: Al-Qaeda , Yaman

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan