Pejuang Jihad Mahu Pulang Ke Rumah, iPod Tidak Berfungsi

Diterbitkan: Rabu, 3 Disember 2014 11:06 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG lelaki yang pergi berjihad ke Timur Tengah untuk menyertai Kumpulan militan Negara Islam (IS) mendedahkan sudah bosan dan mahu pulang ke rumahnya selepas diarahkan untuk membersihkan tandas.

Selain tidak tahan dengan cuaca sejuk di Syria, salah seorang rakan lelaki tersebut ingin meninggalkan kumpulan tersebut kerana iPodnya tidak berfungsi.

Kebanyakan rekrut asing kumpulan tersebut menghantar surat kepada ibu bapa mereka secara senyap dengan meluahkan perasaan kesal dan kecewa menyertai jihad.

Pelajar kejuruteraan, Areeb Majeed, 23, yang meninggalkan rumahnya bersama tiga yang lain untuk menyertai IS pada Mei berlepas pulang semula ke rumahnya di India pada Jumaat.

Lelaki yang didakwa sebagai Areeb Majeed ditahan sebaik sahaja tiba di India.

Dia mengadu diarahkan untuk melakukan kerja-kerja berat dan bukannya berjuang di barisan hadapan.

Beberapa remaja dari Perancis yang memeluk Islam mendedahkan mereka juga sedang mempertimbangkan keputusan untuk meninggalkan kumpulan militan itu.

"iPod saya sudah lagi tidak berfungsi di sini. Saya mahu pulang ke rumah dengan segera," katanya.

Malah, ada dikalangan mereka mendedahkan ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan mengagihkan makanan.

"Saya hanya mengagihkan makanan dan membersihkan pakaian. Musim sejuk sudah bermula. Keadaan semakin sukar di sini," katanya.

Majeed ditahan dan didakwa diatas kesalahan melakukan keganasan oleh Agensi Penyiasatan India Kebangsaan sebaik tiba di negara itu.


Tags / Kata Kunci: IS , Areeb Majeed

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan