Pelajar Malaysia Di Perancis Bebas Pemikiran Ekstrem

Diterbitkan: Selasa, 2 Disember 2014 3:24 PM

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bergambar kenangan dengan sebahagian para pelajar Malaysia di Perancis selepas perjumpaan dengan para pelajar itu di Colmar.

(Ubah saiz teks)

COLMAR: Secara amnya, para pelajar Malaysia di Perancis tidak pernah pulang ke tanah air dengan kegagalan ilmu dan antara resepinya ialah mereka menolak pemikiran ekstrem yang merugikan, kata seorang pegawai Malaysia.

Kaunselor (Pendidikan) Kedutaan Malaysia di Perancis, Mohd Shahir Shaari berkata, pihaknya sentiasa memantau pergerakan kira-kira 200 pelajar Malaysia yang kini sedang menuntut di negara ini.

"Kami juga adakan program berterusan bagi meningkatkan semangat mereka terhadap kecintaan kepada negara dan menjadi pelajar berkualiti," katanya kepada Bernama selepas majlis perjumpaan delegasi Program Jelajah Ilmu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kali ke-10.

Mohd Shahir berkata, setakat ini para pelajar Malaysia di Perancis masih kebal dengan tanggungjawab sebagai pelajar dan berupaya menangkis pengaruh yang merugikan mereka dan negara.

"Saya boleh katakan bahawa 98 peratus pelajar menamatkan pengajian mereka dengan jayanya setiap tahun dan sekitar dua peratus yang gagal (namun) bukan disebabkan terpengaruh dengan kegiatan merugikan," katanya.

Mohd Shahir berkata, mereka yang gagal membawa pulang ijazah biasanya disebabkan masalah kesihatan atau menyambung pengajian di negara lain.

Menurutnya, Perancis juga sentiasa menggalakkan pelajar Malaysia melanjutkan pengajian di negara ini melalui pelbagai program termasuk yang dianjurkan Malaysia France University Centre (MFUC).

"Kami juga menggalakkan para pelajar Perancis melanjutkan pengajian mereka di Malaysia dan mereka sentiasa menunjukkan minat," katanya.

Mohd Shahir berkata, Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang aman dan ia menjanjikan suasana pembelajaran terbaik untuk pelajar asing.

Pastinya mereka akan terpikat dengan kedamaian di Malaysia sebagai lokasi pengajian yang menjanjikan masa depan yang baik, katanya.

Sebelum itu, delegasi UniMAP yang diketuai Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang merupakan canselor universiti itu bertemu para pelajar Malaysia di Perancis pada majlis jamuan tengah hari di sini.

Baginda turut bertanya khabar para pelajar Malaysia dan menasihati mereka supaya menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar yang berkualiti untuk negara.

Sementara itu, seorang pelajar Malaysia, Nurul Zulaikha Azmi, 19, yang kini melanjutkan pengajian bahasa Perancis berazam untuk menjadi pelajar yang dapat memberi sumbangan bakti kepada negara selepas tamat pengajian.

Pelajar yang berasal dari Seriab, Perlis itu dan kini menuntut dalam tahun pertama di Universite de Franche-Comte, Besancon Cedex itu berkata, beliau sentiasa mengikuti perkembangan di Malaysia dan berjanji akan terus menjaga nama baik negara.

Delegasi UniMAP itu yang terdiri daripada kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) turut bertukar fikiran dengan para pelajar Malaysia pada majlis itu.

Mereka kemudiannya bersama-sama meninjau kehidupan para penduduk bandar Colmar yang diasaskan pada abad kesembilan itu.
Tags / Kata Kunci: Perancis

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan