Pegawai Polis Tembak Michael Brown Letak Jawatan

Diterbitkan: Isnin, 1 Disember 2014 10:56 AM

Keputusan mahkamah untuk tidak mendakwa Wilson mendorong penduduk terus mengadakan protes di jalanan.

(Ubah saiz teks)

FERGUSON: Pegawai polis yang menembak mati remaja kulit hitam Michael Brown, meletakkan jawatan, kira-kira dua bulan selepas berdepan dengan protes di pinggir bandar St. Louis serta seluruh Amerika Syarikat.

Darren Wilson, anggota polis berkulit putih bercuti sejak kejadian tembakan 9 Ogos lalu.

Pengumuman peletakan jawatannya daripada Jabatan Polis Ferguson, Missouri oleh salah seorang peguamnya, Neil Bruntrager itu dibuat lima hari selepas juri memutuskan untuk tidak mendakwa Brown.

Bruntrager berkata. peletakan jawatan anak guamnya itu berkuat kuasa serta-merta.

“Keputusan itu dilakukan dengan rela kerana dia tidak mahu membahayakan nyawa rakan sejawatnya dengan terus bertugas sebagai anggota polis,” katanya.

Dalam surat peletakan jawatannya, Wilson yang baru berkahwin dan bakal menimang anak sulung berkata, dia menyedari kehadirannya membahayakan penduduk dan anggota polis lain di Ferguson.

Juri mahkamah mengambil masa lebih tiga bulan untuk meneliti dan melihat semula bukti bagi kes berkenaan sebelum memutuskan tidak mendakwa Wilson yang berusia 28 tahun, minggu lalu.

Wilson memberitahu mahkamah bahawa beliau bimbang nyawanya terancam apabila Brown cuba menyerang dan merampas senjata apinya.

Jabatan Keadilan Amerika masih menjalankan penyiasatan mengikut hak asasi awam dalam kes tembakan itu, manakala Jabatan Polis Ferguson turut menjalankan siasatan berasingan di peringkat jabatan.

Bagaimanapun, peletakan jawatan Wilson tidak meredakan keadaan apabila masih ada penduduk yang berhimpun di hadapan balai polis berkenaan sebagai memprotes kejadian itu.

Seorang daripadanya, Rick Campbell berkata: “Saya memprotes di sini sejak Ogos. Sejujurnya saya tidak peduli pun sekiranya Wilson meletak jawatan.”
Malahan, aktivis terkemuka Al Shrapton dalam kenyataannya kepada AP berkata: "Isunya bukan kerjaya Wilson, tetapi keadilan untuk Brown."

Tags / Kata Kunci: Ferguson , Darren Wilson , Missouri

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan