Tiga Beranak Maut Dalam Serangan Taliban Di Kabul

Diterbitkan: Ahad, 30 November 2014 4:37 PM

Empat butir pelu kosong ditemui di lokasi serangan oleh kumpulan militan Taliban di Kabul, Afghanistan. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

KABUL: Tiga beranak terbunuh dalam satu serangan kumpulan militan Taliban di Kabul, Afghanistan pada Sabtu.

Menurut polis, seorang lelaki warga Afrika Selatan bersama anak lelaki dan anak perempuannya maut dalam kejadian itu.

"Empat orang, termasuk tiga warga asing - seorang ketua pertubuhan asing, anak lelaki dan anak perempuannya, dan seorang lagi rakyat Aghanistan terbunuh dalam kejadian semalam," kata Ketua Polis Kabul, Jeneral Zahir Zahir kepada para pemberita.

Zahir bagaimanapun meletakkan jawatan pada Ahad selepas beberapa siri serangan berlaku di bandar itu sejak beberapa minggu lalu. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan