92 Maut Akibat Serangan Di Masjid

Diterbitkan: Sabtu, 29 November 2014 2:50 PM

(Ubah saiz teks)

KANO, Nigeria: Seramai 92 jemaah masjid utama di bandar ini maut selepas berlaku serangan bersenjata dan pengebom berani mati.

Berikutan kejadian itu, bilik mayat di Hospital Pakar Mohammed di sini dibanjiri orang ramai yang berpusu-pusu membuat pengecaman jenazah.



"Beratus orang memasuki bilik mayat yang gelap dengan membawa lampu suluh untuk membuat pengecaman mayat," jelas koresponden.



Pasukan penyelamat rasmi pula memberitahu, terdapat mangsa yang dihantar ke hospital lain ketika awal kejadian.

"Oleh itu, jumlah kematian dijangka meningkat apabila kesemua mangsa disahkan semula nanti," katanya.




Tags / Kata Kunci: Kano , Nigeria

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan