Andy Murray Lamar Kekasih, Hadiah Cincin Rekaannya

Diterbitkan: Khamis, 27 November 2014 12:14 PM

Selepas sembilan tahun Andy melamar Kimi untuk menjadi isterinya pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Sambil menghadiahkan cincin berlian rekaannya, bintang tenis Britain, Andy Murray melamar kekasihnya sejak sembilan tahun lalu, Kim Sears untuk menjadi isterinya.

Juara Wimbledon itu berpacaran dengan Kim sejak mereka bertemu kali pertama di kejohanan Terbuka Amerika Syarikat pada 2005.

Bagaimanapun selepas lima tahun kedua-duanya membawa haluan masing-masing.

Sumber berkata, ahli keluarga Murray, termasuk ibunya, Judy, terlalu gembira dengan perkhabaran itu.

“Murray melamar Kim pada Rabu lalu dengan menghadiahkannya sebentuk cincin berlian.

“Cincin itu direka sendiri oleh Murray dan diambil minggu lalu,” katanya.

Sumber itu berkata, Kim menerima lamaran berkenaan tanpa teragak-agak.

Kim lahir di Sussex 26 tahun lalu dan memiliki ijazah sarjana muda Kesusasteraan Inggeris.

Dia pernah meninggalkan rumah tempat mereka berkongsi hidup tanpa kahwin di Surrey pada 2009 dan kembali ke rumah ibu bapanya.

Murray pula berkata, dia gagal mengungguli Wimbledon pada 2013 kerana tidak mendapat sokongan berterusan daripada Kim.

Sebelum ini Murray, 27, sentiasa mengelak daripada menjawab soalan mana-mana pihak mengenai percintaannya.

Tags / Kata Kunci: Andy Murray , Kim Sears , Wimbledon

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan