Golkar Singkir Ketua Umum

Diterbitkan: Rabu, 26 November 2014 9:43 AM

Aburizal Bakrie

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Dewan Pimpinan Pusat Parti Golkar pada Selasa membekukan jentera parti di bawah pimpinan Aburizal Bakrie atas alasan untuk menyelamatkan pertubuhan politik berkenaan.

Ketua Mahkamah Parti Golkar, Muladi berkata, untuk sementara kepemipinan pertubuhan itu diambil alih Majlis Penyelamatan Parti, diketuai Timbalan Ketua Umum, Agung Laksono.

Anggota lain ialah tujuh tokoh kanan Golkar, iaitu Priyo Budi Santoso, Hajriyanto Tohari, Zainudin Amali, Agus Gumiwang, Yorris Raweay, Agun Gunandjar Sudarsa dan Ibnu Munzir.

Menurut Agung, tugas pertama majlis itu ialah memulihkan keanggotaan tiga kader Golkar yang dipecat Aburizal iaitu Agus Gumiwang, Nusron Wahid dan Poempida Hidayatullah.

"Kemudian kami akan membuat persediaan bagi mengadakan perhimpunan agung yang akan dijalankan selewat-lewatnya 15 Januari tahun depan,” katanya.

Sebelum ini Golkar bergolak apabila kebanyakan pemimpin kanan parti itu tidak berpuas hati terhadap stail kepemimpinan Aburizal.

Sejumlah calon yang menyatakan hasrat mencabar Aburizal mencabar keputusan hartawan itu untuk mengadakan perhimpunan agung pada 30 November ini di Bali.

Menjelang perhimpunan itu, Aburizal didakwa menggunakan cara tidak wajar serta provokatif bagi memastikan dia terselamat daripada cabaran calon lain.

Sidang pleno Majlis Penyelamatan Golkar pada Selasa itu dihadiri lebih 30 pemimpin kanan parti itu.

Tags / Kata Kunci: Golkar , Aburizal Bakrie , Muladi

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan