Setiausaha Pertahanan AS Letak Jawatan

Diterbitkan: Selasa, 25 November 2014 10:06 AM

Obama (kiri) berkata sesuatu kepada Chuck Hagel.

(Ubah saiz teks)

SELEPAS kurang dari dua tahun menerajui Pentagon, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck Hagel akhirnya meletak jawatan.

Hagel memberitahu Presiden Barack Obama bulan lepas bahawa beliau mahu meletak jawatan dan perkara itu diumumkan Obama sendiri di ruang makan Rumah Putih, pada Isnin. Naib Presiden, Joe Biden turut hadir pada majlis pengumuman itu.

"Chuck Hagel telah menjadi setiausaha pertahanan yang luar biasa," kata Obama.

"Sebagai veteran pertempuran pertama yang tersenarai untuk berkhidmat dalam jawatan itu, beliau memahami lelaki dan wanita yang berpakaian seragam seperti beberapa orang lain ... Dia melihat dirinya dalam diri mereka, dan mereka melihat diri mereka dalam dirinya."

Seorang pegawai kanan pertahanan memberitahu Koresponden Keselamatan Berita Nasional CBS, David Martin bahawa peletakan jawatan itu adalah 'keputusan bersama' antara Hagel dan  Obama. Hagel akan kekal dalam jawatan sehingga penggantinya disahkan.

Obama berkata, Hagel yang menjalankan tugas di Jabatan Pertahanan telah memasuki 'tempoh peralihan' termasuk pengunduran di Afghanistan, sekatan belanjawan baharu, dan penyusunan semula tentera untuk membina angkatan pertempuran yang lebih fleksibel.

"Terima kasih kepada Chuck, tentera kita berada pada kedudukan yang lebih kukuh," kata Obama.

Setelah meletakkan asas yang kukuh kepada Pentagon melalui peralihan itu, Hagel melihat, pentadbiran Obama yang memasuki tempoh dua tahun terakhir , menjadi masa yang sesuai untuk dia meletakkan jawatan, kata Presiden.

Selepas presiden berucap, Hagel berkata, "Kami bukan sahaja telah memperkukuhkan jabatan ini (Jabatan Pertahanan), tetapi juga masa depan yang lebih kukuh ke arah kestabilan, keselamatan dan kemakmuran."

Obama yang memanggil Hagel seorang 'sahabat baik saya' mengingati bagaimana beliau mengenali Hagel ketika kedua-dua mereka memegang jawatan dalam Jawatankuasa Hubungan Luar Senat.

Hagel juga mengembara dengan Obama ke Afghanistan dan Iraq pada 2008, apabila Obama menjadi calon presiden. 

"Itulah kelas dan integriti yang sering ditonjolkan oleh Chuck Hagel," kata Obama.

Katanya, kepada setiausaha pertahanan itu: "Anda berkata anda akan sentiasa memberikan saya nasihat yang jujur dan anda melakukannya.

Walau bagaimanapun, terdapat ketegangan antara Hagel dan pentadbiran Obama.

Martin melaporkan bahawa Hagel telah telah bosan dengan pengurusan Rumah Putih, manakala Rumah Putih tidak berpuas hati apabila Hagel dilihat seorang pemimpin pertahanan yang vokal terhadap dasar pentadbiran ini.

Hagel adalah Setiausaha Pertahanan Obama yang ketiga, selepas Robert Gates, yang merupakan tinggalan pentadbiran George Bush dan Leon Panetta, yang juga berkhidmat sebagai Pengarah CIA sebelum bersara pada 2013.

Senator John McCain dalam temu bual radio pagi Isnin berkata, beliau baru-baru ini bercakap dengan Hagel, yang 'sangat kecewa' dengan Rumah Putih.

Peletakan jawatan Hagel berlaku ketika AS sedang menangani beberapa krisis di luar negara, termasuklah ancaman kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) di Timur Tengah, rundingan antarabangsa berterusan untuk mengekang program nuklear Iran kepada penyebaran Ebola di Afrika Barat .

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan