Kenaikan Harga Minyak Punca Tayangan 'Jokowi Adalah Kita' Ditunda

Diterbitkan: Ahad, 23 November 2014 9:47 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan Indonesia baru-baru ini menyebabkan tayangan filem 'Jokowi Adalah Kita' yang mengisahkan kehidupan Presiden Joko Widodo terpaksa ditunda.

Keadaan semasa yang dianggap tidak sesuai berikutan keputusan menaikkan harga bahan api itu mendorong kumpulan penyokong Presiden Jokowi, Bara JP mencadangkan kepada penerbit filem berkenaan, K2K Production, KK Dheeraj supaya menunda tayangan filem itu.

Filem itu yang mengisahkan perjuangan Jokowi sepanjang menjadi gabenor Jakarta hingga sebelum memenangi pilihan raya presiden.

Mengikut jadual, filem berkenaan dijadual mula ditayangkan 20 November lalu.

“Penayangannya ditunda. Kenaikan harga minyak itu menyebabkan keadaan politik menjadi panas. Kita tunggu masa yang sesuai,” kata Dheeraj.

Kata penerbit itu, walaupun mesej yang dibawa filem itu positif, namun situasi yang mencetuskan rasa tidak puas hati rakyat menyebabkan tayangannya ditunda.

“Kenaikan harga minyak mencetuskan pelbagai situasi, malahan di sesetengah tempat, berlaku keganasan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, langkah terbaik adalah menunda tayangannya kerana bimbang masyarakat akan memulaukan filem itu selepas Jokowi mengumumkan kenaikan harga minyak.

“Kami terima saranan Bara JP itu dengan harapan ia akan ditonton masyarakat nanti apabila keadaan reda," katanya.


Tags / Kata Kunci: Jokowi Adalah Kita , filem , minyak

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan