Pelajar Tabik Tiga Jari 'The Hunger Games' Diberi Amaran

Diterbitkan: Sabtu, 22 November 2014 12:52 PM

Pelajar-pelajar yang menunjukkan isyarat tiga jari ditahan di depan Chan-O-Cha pada Khamis lalu.

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan- O-Cha berkata, beliau tidak bimbang dengan perbuatan tabik tiga jari yang ditiru daripada filem Hollywood 'The Hunger Games' oleh penentangnya untuk meluahkan bantahan terhadap junta negara itu.

Namun beliau menegaskan, mereka yang melakukan tindakan itu di khalayak ramai mungkin akan menghadapi masalah di masa depan.

Pada Jumaat, seorang pelajar wanita ditahan polis di sebuah pusat membeli-belah di Bangkok kerana melakukan tabik itu di depan poster filem tersebut.

Manakala lima pelajar lagi pelajar ditahan pada Khamis selepas mereka menunjukkan isyarat tiga jari ketika Chan-O-Cha sedang menyampaikan ucapan di Khon Kaen, iaitu kawasan kubu kuat kumpulan Baju Merah yang menentang pentadbiran Bangkok.

"Saya tidak memandang berat dengan tunjuk perasaan tiga jari itu.

"Saya tidak pasti sama ada ia salah di sisi undang-undang atau tidak, tetapi masa depan mereka yang melakukannya akan terjejas," katanya.

Bagaimana pun mereka yang ditahan telah dibebaskan.

"Saya tidak mahu menghukum mereka. Mereka ditahan, ditegur dan dibebaskan. Saya memberitahu mereka supaya tidak berbuat demikian lagi kerana ia tidak memberi sebarang faedah," tambahnya.

Dalam filem tersebut, watak Katniss Everdeen dan pengikutnya mempopularkan isyarat tersebut sebagai simbol pemberontakan menentang rejim tentera.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan