Gempa Sederhana Landa Sempadan Myanmar - India

Diterbitkan: Jumaat, 21 November 2014 11:04 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter melanda sempadan rantau Myanmar-India awal pagi Jumaat.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini hari ini, gempa bumi pada 2.14 pagi itu berlaku di 23.5 darjah utara dan 93.5 darjah timur iaitu kira-kira 226km barat laut Monywa, Myanmar.

Bagaimanapun gempa itu, tidak mendatangkan ancaman tsunami.
Tags / Kata Kunci: gempa bumi , tsunami

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan