Bom Motosikal Diletupkan, Seorang Anggota Tentera Maut - Berita Dunia | mStar

Bom Motosikal Diletupkan, Seorang Anggota Tentera Maut

Diterbitkan: Jumaat, 21 November 2014 2:37 PM

(Ubah saiz teks)

PESHAWAR: Seorang anggota tentera Pakistan maut apabila bom yang dipasang pada sebuah motosikal meletup di kawasan bergolak itu pada Jumaat.

Kejadian berlaku di Mithra yang terletak di pinggir Peshawar, iaitu kawasan bergolak di wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

"Satu bom kawalan jauh yang ditinggalkan pada sebuah motosikal telah diletupkan dan mengorbankan seorang anggota tentera, beberapa orang awam lagi mengalami kecederaan," kata seorang pegawai kanan keselamatan.

Polis tempatan dalam pada itu turut mengesahkan kejadian berkenaan dan kemalangan jiwa yang berlaku.

Tiada kumpulan atau individu yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan berkenaan terhadap konvoi pasukan keselamatan ketika melakukan tugasan harian mereka setakat ini.

Peshawar merupakan pintu masuk kumpulan puak militan seperti Taliban dan Al Qaeda.


Tags / Kata Kunci: Peshawar , Pakistan Al Qaeda
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan