Ustaz Maut Ditembak, Anak Cedera - Berita Dunia | mStar

Ustaz Maut Ditembak, Anak Cedera

Diterbitkan: Khamis, 13 November 2014 7:20 PM

(Ubah saiz teks)

YALA: Seorang guru agama yang pernah ditahan pihak berkuasa untuk disoal mengenai letupan bom bas ekspres Betong-Bangkok pada 6 Sept lalu mati ditembak sementara anaknya berusia tujuh tahun cedera.

Beliau adalah Ustaz Hasan Madehok, 43, yang berasal dari Kampong Pawal, Dearah Benansetar, Yala dan kini berpindah dan bekerja di Kg Thanmalee, Betong.

Beliau ditembak di rumahya di Kampong Thanmalee, Mukim Airyeweng, Daerah Betong, Wilayah Yala, ketika sedang berehat dalam rumahnya bersama keluarga.

Kapten Suchat Mulmuang, Komander Renjer 3311 berkata, kejadian berlaku pada jam 8 malam, dan mangsa ditembak dengan senjata AK47 di dada manakala anaknya terkena peluru sesat juga di dada tetapi cedera parah.

Col. Pramoth Prom-in, jurucakap Tentera Ke-4 berkata kejadian adalah perbuatan 'tangan ketiga' yang ingin memfitnahkan pihak keselamatan Thai.

Ini kerana mangsa adalah suspek yang pernah ditahan di bawah undang-undang tentera dan undang-undang darurat atas tuduhan berkaitan pengeboman sebuah bas ekpress Betong-Bangkok pada 6 Sept lalu, katanya.

Beliau ditahan oleh pihak renjer untuk membantu siasatan pada 7 Sept tetapi dibebaskan pada 10 Sept.

Col Pramoth juga berkata Komander Tentera Bahagian ke-4, Lt. Jen. Prakarn Cholayuth mengarah pegawai forensik supaya membantu siasatan pada kali ini.


Tags / Kata Kunci: Yala , Ustaz , Thailand
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan