Anak Jokowi Buka Kelas Bahasa Inggeris Percuma

Diterbitkan: Selasa, 11 November 2014 8:58 AM

Gibran (kanan) bergambar bersama keluarganya.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Anak sulung Presiden Joko Widodo membuka kelas tambahan bahasa Inggeris secara percuma sebagai sumbangannya membantu pelajar setempat menghadapi persaingan global sejak dua tahun lalu.

Kata Gibran Rakabuming, 27, kelas itu dimulakan pada awal Mei 2012.

“Ia berasaskan kepada program Indonesia Mengajar yang diasaskan oleh Anies Baswedan,” katanya.

Indonesia Mengajar ialah pertubuhan bukan kerajaan diasaskan oleh Menteri Kebudayaan, Pendidikan Dasar dan Menengah Indonesia dalam susunan Kabinet Kerja Jokowi.

Sebelum ini Anies ialah Rektor Universitas Paramadina yang kedua.

Gibran berkata, dia kagum dengan kesungguhan Anies membiayai pembelajaran Indonesia Mengajar tanpa mendapat dana daripada kerajaan.

“Justeru, saya memastikan kelas tambahan Bahasa Inggeris itu secara percuma.

“Ia dibiayai melalui sebahagian daripada pendapatan syarikat katering saya,” katanya.

Menurut Gibran, jumlah pelajar yang diterima bergantung kepada kemampuan.
“Saya biayai sendiri tanpa sebarang subsidi mahu pun bantuan orang lain,” katanya.

Kelas itu akan dikelola oleh Handako yang pernah menjadi guru Inggeris keluarga Jokowi.

Sementara itu, Handako berkata, setakat ini program mereka sudah diikuti 400 murid.

“Kelas dibuka di beberapa tempat seperti Banyuanyar, Sumber, Pajang, Munggung, Nusukan, dan Klodran.

“Dulu peserta program ini hanya terdiri daripada murid sekolah rendah, tetapi kini mula dipenuhi pelajar sekolah menengah.

“Setiap pelajar mengikuti  pengajian selama sejam seminggu,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan