Catalonia Akan Teruskan Rancangan Kemerdekaan Penuh

Diterbitkan: Isnin, 10 November 2014 3:43 PM

Peta menunjukkan di mana terletaknya wilayah Catalonia (merah) di dalam Sepanyol. Wilayah tersebut kini mahu menuntut kemerdekaan penuh selepas lebih 80 peratus daripada dua juta pengundi mengundi setuju untuk merdeka dalam satu referendum yang dilangsungkan pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

BARCELONA: Wilayah autonomi Catalonia kini memutuskan untuk meneruskan rancangan melancarkan kemerdekaan penuh daripada Sepanyol selepas dua juta orang mengundi menuntut pemerintahan sendiri dalam satu referendum simbolik pada Ahad.

Pemimpin kerajaan autonomi Catalan, Artur Mas menyifatkan referendum tersebut sebagai satu kejayaan besar walaupun ia tidak diiktiraf oleh Madrid.

"Undi itu memberi keputusan yang jelas bahawa majoriti warga Catalonia mahukan pemerintahan sendiri yang merdeka daripada Sepanyol," ujarnya.

Dalam referendum tersebut, pengundi ditanya dua soalan mudah, yang pertama; "Adakah anda mahu wilayah Catalonia menjadi sebuah negara?" dan yang kedua; "Jika jawapan anda ialah 'ya' adakah anda mahu negara anda menjadi sebuah negara yang merdeka?"

Hasil referendum itu menunjukkan 80.7 peratus daripada dua juta yang mengambil bahagian mahukan sebuah negara yang berdaulat dan merdeka manakala selebihnya mengundi 'ya' untuk soalan pertama dan 'tidak' untuk soalan kedua.

Keputusan referendum itu diumumkan oleh Naib Presiden Wilayah Catalan, Joana Ortega dalam satu sidang akhbar di sini.

Sekurang-kurangnya 4.5 peratus mengundi 'tidak' untuk kedua-dua soalan tersebut.

Sejumlah 5.4 juta warga Catalan layak mengundi dalam referendum itu tetapi hanya dua juta sahaja yang mengambil bahagian.

Kerajaan pusat Sepanyol dan Mahkamah Perlembagaan Sepanyol sebelum ini telah mengeluarkan perintah untuk menangguh referendum berkenaan.

Sementara itu, Menteri Undang-Undang Sepanyol, Rafael Catala menyifatkan referendum itu sebagai sesuatu yang tidak bermakna dan sia-sia.

"Ini adalah satu propaganda politik yang digunakan oleh kumpulan pro-kemerdekaan dan tidak mempunyai kesahihan demokrasi," ujarnya dalam satu kenyataan rasmi.

Pendakwa raya negara kini sedang melihat sama ada pihak berkuasa autonomi Catalan melanggar undang-undang dan perintah injunksi mahkamah dengan membuka pusat-pusat mengundi di bangunan kerajaan persekutuan iaitu di sekolah-sekolah dan premis awam yang lain, kata Catala lagi.

Pemimpin-pemimpin wilayah autonomi Catalonia itu pada masa yang sama mengakui hakikat bahawa keputusan referendum tersebut tidak mempunyai ikatan undang-undang ke atas apa jua keputusan yang dicapai.

Tetapi sekurang-kurangnya kata mereka, ia memberi petunjuk yang jelas apa yang diinginkan oleh warga Catalonia untuk masa depan mereka.

Artur Mas sendiri berkata yang kerajaan autonomi di bawah pimpinannya kini akan mendesak kerajaan persekutuan supaya membenarkan satu referendum yang sah dijalankan dan pada masa yang sama akan turut melobi masyarakat antarabangsa supaya mengiktiraf hak mereka untuk merdeka.

"Kami berhak diberikan hak untuk mengundi di dalam satu referendum yang sah di sisi undang-undang untuk menentukan masa depan kami dan inilah yang kami cuba lakukan," jelas Mas.

Rakyat Catalonia pada asalnya melihat apa yang dilakukan oleh Scotland September lalu sebagai pencetus semangat untuk mereka melakukan perkara yang sama.

Malangnya, Scotland gagal untuk memperolehi mandat daripada rakyatnya untuk pemerintahan sendiri - sebahagian besarnya dicetuskan oleh rasa bimbang kerana Scotland tidak mempunyai bank pusat mereka sendiri.

Keputusan di Scotland itu sedikit sebanyak telah menjejaskan rancangan Catalonia untuk mengikuti jejak langkah yang serupa.

Mempunyai rasa bangga yang sangat tinggi ke atas bahasa mereka sendiri, budaya dan cara hidup, Catalonia, sebuah wilayah dengan 7.5 juta penduduk merupakan wilayah paling kaya di Sepanyol.

"Referendum itu walaupun tidak sah di sisi undang-undang tetapi tetap merupakan satu kejayaan moral yang besar untuk penduduk Catalonia," ujar profesor politik Fernando Vallespin dari Universiti Autonomi Madrid.

Kata Vallespin, ini menunjukkan yang warga Catalan mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menentukan masa depan mereka sendiri tetapi hakikatnya mereka masih dalam perjalanan yang panjang untuk pemerintahan sendiri.

Hakikat bahawa Kerajaan Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy membawa kes ini ke Mahkamah Perlembagaan sebagai usaha terakhir untuk menghalang sebuah daripada wilayah Sepanyol paling kaya daripada menjadi sebuah negara asing adalah bukti nyata yang mereka tidak ada pilihan lain dan tidak ada pengaruh di sana.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan