Jokowi Kini Bersedia Untuk Tidak Popular

Diterbitkan: Sabtu, 8 November 2014 11:04 AM

Rakyat pelbagai peringkat di Indonesia mula membantah hasrat kerajaan pimpinan Jokowi untuk menaikkan harga minyak.

(Ubah saiz teks)

KENDARI: Presiden Joko Widodo bersedia untuk tidak popular di kalangan rakyat republik itu berikutan keputusannya untuk menaikkan harga minyak.


Bagaimanapun, beliau yang dikenalis sebagai Jokowi berkata, tindakan menaikkan harga minyak yang dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat ini, adalah penting bagi ekonomi negara.

"Ada yang memberi amaran saya tidak akan popular. Tetapi saya menjadi pemimpin bukan untuk popular.

“Pemimpin harus berani untuk membuat keputusan bagi kebaikan negara dan rakyat. Tidak kira jika keputusan itu menyebabkan saya tidak popular.

“Tidak kiralah jika kemungkinan rakyat akan mengadakan demonstrasi membantahnya," kata Jokowi.

Bercakap di hadapan Alumni Universitas Gajahmada (KAGAMA) di sini, Sulawesi Tenggara, pada Khamis, pemimpin Indonesia itu mengaku berdepan risiko berikutan keputusannya itu.

Jokowi berkata, jika tindakan itu tidak dilakukan, selama lima tahun akan datang kerajaan terpaksa menanggung subsidi minyak melebihi perbelanjaan untuk infrastruktur dan perbelanjaan kesihatan.

“Saya ingin menyedarkan rakyat Indonesia. Yang tidak betul perlu kita betulkan,” katanya.

Menurutnya, penjimatan daripada pengurangan subsidi itu akan disalurkan untuk pembangunan negara, termasuk pertanian.


Tags / Kata Kunci: Jokowi , harga minyak , Indonesia

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan