Pembuat Bom Al-Qaeda Dari Perancis Maut Dalam Serangan Udara

Diterbitkan: Jumaat, 7 November 2014 12:26 PM

David Drugeon yang dipercayai maut dalam serangan udara AS di Syria.

(Ubah saiz teks)

SERANGAN udara yang dilakukan Amerika Syarikat (AS) di barat Syria bagi menentang kumpulan militan dipercayai telah membunuh seorang pembuat bom warga Perancis pada Khamis.

David Drugeon yang telah memeluk Islam dipercayai berkerja dengan sebuah kumpulan Al-Qaeda yang dikenali sebagai Khorasan - sebuah kumpulan yang didakwa merancang akan menyerang AS dan negara barat lain.

AS menganggap Drugeon, 24, sebagai individu merbahaya dan kematiannya akan memberi kesan kepada kumpulan Khorasan.

"Dia merupakan sebahagian daripada sasaran," kata seorang pegawai kanan pertahanan yang enggan dikenali.

Bagaimanapun AS perlu mengambil masa untuk mengesahkan kematian Drugeon kerana tiada tenteranya di lapangan untuk membuat pengesahan.

Pasukan pertahanan negara itu juga yakin pemuda terbabit telah mati dalam serangan tersebut dan menganggap operasi berkenaan berjaya.

"Ini merupakan kemenangan besar," kata pegawai yang enggan dikenali.

Serangan pada Khamis merupakan yang kedua dilakukan terhadap kumpulan Khorasan sejak 23 September lalu.

Tags / Kata Kunci: Al-Qaeda , Perancis

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan