Menteri Indonesia Digelar Puteri Laut

Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 10:34 PM

Susi (kanan) berucap pada majlis serah tugasnya sebagai anggota Kabinet Kerja Joko Widodo, Rabu.

(Ubah saiz teks)

MAJLIS serah tugas di antara Susi Pudjiastuti dan Sharif Cicip menyaksikan kejutan besar untuk bekas pemilik syarikat penerbangan Susi Air itu.
  

Selepas acara rasmi di Kementerian Kelautan dan Perikanan itu berlangsung, seorang lelaki warga asing tiba-tiba muncul dan menarik perhatian ramai.

Selepas diperhatikan, barulah diketahui lelaki terbabit ialah bekas suami Susi, Daniel Kaiser (gambar bawah)



Kata Kaiser, dia baru saja tiba dari Switzerland dan mengakui terkejut dengan pemilihan Presiden Joko Widodo memilih Susi.

"Namun saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Susi.

"Di dunia ini hanya ada seorang wanita seperti Susi," katanya.

Menurut Kaiser, dia berkahwin dengan Susi pada 1992 tetapi rumah tangga mereka tidak bertahan lama sebelum kedua-duanya memutuskan untuk berpisah pada 1999.

Kata Kaiser, walaupun menetap di Switzerland, dia tetap kerap berhubung dengan Susi melalui telefon.

"Susi wanita unik dan saya menggelarnya Puteri Laut," katanya.

Susi adalah seorang daripada tokoh yang dilantik menganggotai Kabinet Kerja yang dibentuknya.

Pelantikan Susi menarik perhatian kerana dia hanya memiliki pendidikan setakat sekolah menengah, namun berjaya membentuk empayar perniagaan hasil laut secara beransur-ansur.

Satu lagi keunikan Susi ialah pendekatannya yang berterus terang dan sifatnya kurang feminin.

Tags / Kata Kunci: Susi Air , Daniel Kaiser

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan