Jupe Sesak Nafas Selepas Dibedah

Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 10:27 PM

Jupe selamat menjalani pembedahan ovari di Singapura, Rabu.

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Aktres dan penyanyi Julia Perez mengadu dia mengalami masalah kesukaran bernafas sejak selesai menjalani pembedahan di Hospital Universiti Singapura, Rabu.


Kata selebriti yang lebih dikenali dengan panggilan Jupe itu, dia menjalani pembedahan untuk menaikkan ovari.

"Kerana itu saya mengalami sedikit kesukaran bernafas," katanya.

Jupe pergi ke Singapura dalam usaha merawat beberapa masalah kesihatannya.

Sebelum ini dia pernah mendedahkan rancangan mahu mendapatkan anak melalui proses tabung uji dengan mencantumkan sperma lelaki penderma dengan telurnya.

Minggu lalu pula dia mendedahkan menghidap kanser serviks.

Walaupun berdepan pelbagai masalah kesihatan, Jupe terus memuat naik pelbagai gambar di Instagram bagi mengetengahkan segala aktivitinya kepada peminat.

Kata Jupe, mulai Khamis dia akan mengikuti prosedur radiasi.

"Disebabkan keadaan ini, saya bercadang menetap sementara di Singapura. Mungkin selama dua bulan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Jupe , ovari , kanser , Singapura

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan