Aktivis Palestin Ikrar Pertahan Al-Aqsa

Diterbitkan: Selasa, 4 November 2014 9:47 AM

Aktivis Palestin mengadakan prostes di pekarangan Masjid al-Aqsa membantah rancangan penutupan bangunan suci dan bersejarah itu.

(Ubah saiz teks)

RAMALLAH: Aktivis Palestin memberi jaminan pihaknya akan terus mempertahankan al-Aqsa dan Baitulmaqdis Timur yang semakin terancam berikutan rancangan jahat Israel untuk merampas kota penuh bersejarah itu.


Sejak Khamis, kumpulan penunjuk perasaan mengadakan protes bagi membantah keputusan menutup Masjid al-Aqsa di mana  lebih 100 penduduk Palestin ditahan di pekarangan masjid itu.

Berikutan tindakan itu, pertempuran ganas berlaku antara penduduk Palestin dan pihak berkuasa Israel di Tebing Barat.

Terkini, sekurang-kurangnya seorang cedera dan beberapa lain mengalami sesak nafas akibat terkena gas pemedih mata dan bom tangan yang dilepaskan rejim Zionis.

Salah seorang aktivis Palestin, Esam Baker berkata, mereka tidak akan membiarkan kota lama itu dimusnahkan atau ditutup.

"Kami tidak akan berdiam diri jika ada pihak yang cuba mencemari kesucian al-Aqsa," katanya yang dipetik Press TV.

Difahamkan, pihak berkuasa Israel menutup pekarangan masjid itu selepas berlaku kejadian cubaan bunuh ke atas aktivis, Yehuda Glick yang didakwa mendalangi tindakan provokasi ke atas al-Aqsa.

Tags / Kata Kunci: masjid al-Aqsa , Tebing Barat , Ramallah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan