Boko Haram Dakwa 219 Gadis Diculik Peluk Islam, Dikahwinkan - Berita Dunia | mStar

Boko Haram Dakwa 219 Gadis Diculik Peluk Islam, Dikahwinkan

Diterbitkan: Ahad, 2 November 2014 9:26 AM

Boko Haram.

(Ubah saiz teks)

CHIBOK: Pemimpin kumpulan radikal, Boko Haram di Nigeria, Abubakar Shekau menyatakan dalam satu rakaman video bahawa kesemua 219 gadis yang diculik mereka telah memeluk agama Islam dan dikahwinkan.

Beberapa keluarga kepada 219 kanak-kanak sekolah yang diculik kumpulan tersebut lebih dari enam bulan lalu berkata, mereka gelisah tetapi tidak terkejut dengan dakwaan itu.

Abubakar Shekau berkata demikian dalam satu rakaman video terbaharu pada Jumaat lalu dengan menyatakan bahawa kesemua gadis itu juga telah memeluk Islam.

Malah dia turut menolak untuk mengadakan rundingan damai dan gencatan senjata.

Ketua Forum Chibok Elders di bandar timur laut Nigeria, di Pogo Bitrus berkata; 'Dakwaan mengenai perkahwinan itu mengejutkan kami, walaupun kami mengetahui bahawa Bako Haram merupakan sebuah kumpulan yang tidak boleh dipercayai.”

Tags / Kata Kunci: Boko Haram , culik
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan