Seorang Wanita Rusia Antara 10 Penumpang Bas Terkorban - Berita Dunia | mStar

Seorang Wanita Rusia Antara 10 Penumpang Bas Terkorban

Diterbitkan: Sabtu, 1 November 2014 3:16 PM

(Ubah saiz teks)

KATHMANDU: Seorang wanita warga Rusia antara 10 penumpang bas awam yang terkorban dalam kemalangan melibatkan dua buah bas di sini, awal pagi Sabtu.

Dalam kemalangan pada pukul 2.15 pagi itu, kedua-dua bas awam berkenaan dilaporkan bertembung ketika melalui lebuh raya di Daerah Makwanpur yang terletak kira-kira 30 kilometer di selatan Kathmandu.

"Kemalangan berlaku sekitar pukul 2.15 pagi. Seramai 10 penumpang maut, termasuk seorang wanita warga Rusia.

"Baki 29 penumpang lagi mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di hospital berdekatan," kata pegawai polis tempatan, Prakash Jung Karki.

Pada minggu lalu, sebuah bas yang penuh dengan penumpang terjunam ke dalam gaung dan mengorbankan 14 orang termasuk dua warga Israel.

Kemalangan maut merupakan insiden biasa di Nepal akibat jalan raya yang teruk dan kenderaan awam yang tidak diselenggara dengan baik.


Tags / Kata Kunci: Rusia , Kathmandu , Nepal , Bas

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan