AS Rangka Pelan Bantu Sunnah Perangi IS

Diterbitkan: Sabtu, 1 November 2014 11:25 AM

Pengikut Sunnah yang dibunuh IS. Berikutan kejadian itu, AS sedia membantu pengikut Sunnah memerangi IS di Iraq.

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Pegawai Amerika Syarikat (AS) dilapor sedang merangka pelan untuk menghantar tenteranya ke barat Anbar di Iraq bagi membantu pengikut Sunnah menentang kumpulan militan Negara Islam (IS).

"Ia rangkaan yang sedang disiapkan," kata seorang pegawai kanan yang enggan mendedahkan namanya.

Bagaimanapun, sebelum tentera dihantar ke kawasan bergolak itu, satu perancangan perlu disiapkan supaya tentera bersekutu dan pengikut Sunnah dapat dikoordinasikan ketika menentang kumpulan IS.

Ketika ini sebanyak 600 tentera AS berpusat di Baghdad dan utara Bandar Arbil.

"Kami akan membantu mereka di kawasan tersebut dan menyediakan bantuan tambahan dari dua bandar iaitu Baghdad dan Arbil supaya ia dapat memberi pertolongan kepada pengikut Sunnah di Anbar," katanya.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sehari selepas pemimpin tertinggi tentera AS, Jeneral Martin Dempsey buat pertama kali meminta tentera membantu pengikut Sunnah termasuk menyalurkan senjata untuk bertempur dengan militan IS.



Tags / Kata Kunci: IS , AS , Baghdad

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan