Tribunal Timbang Tara Putuskan Bekas Tanah KTMB Di Singapura

Diterbitkan: Jumaat, 31 Oktober 2014 4:42 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Tribunal timbang tara yang dilantik Malaysia dan Singapura telah memutuskan sebuah syarikat usahasama pelaburan kedua-dua negara tidak akan bertanggungjawab secara bersyarat membayar caj pembangunan bekas tiga keping tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Keppel, Kranji dan Woodlands.

Tribunal itu memutuskan syarikat M+S Pte Ltd, tidak akan bertanggungjawab untuk membayar caj itu jika tanah berkenaan adalah hak mutlak M+S Pte Ltd dan jika ia telah membangunkan tanah itu seperti yang dicadangkan dalam lampiran Perjanjian Capai Persetujuan (POA).

Kedua-dua negara dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar masing-masing, berkata mereka berpuas hati dengan proses timbang tara dan bersetuju untuk mematuhi dan melaksanakan sepenuhnya keputusan tribunal itu.

"Dengan menyelesaikan perkara ini melalui timbang tara pihak ketiga, kedua-dua negara telah memperlihatkan komitmen bersama untuk menyelesaikan pertikaian itu secara damai, mengikut undang-undang antarabangsa," kata kenyataan itu.

Ia berkata kejayaan penuh pelaksanaan POA telah membuka jalan bagi projek-projek pembangunan bersama dan kerjasama erat antara Singapura dan Malaysia.

Perdana menteri Singapura dan Malaysia mengumumkan pada September 2010 bahawa kedua-dua negara mempunyai pandangan berbeza berhubung caj pembangunan tiga bidang tanah itu yang terkandung dalam POA.

Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk menyelesaikan isu itu secara baik menerusi timbang tara dan bersetuju untuk menerima keputusan timbang tara itu sebagai muktamad dan kekal.

Pada Januari 2012, Singapura dan Malaysia melaksanakan perjanjian, mengusulkan isu itu ke Mahkamah Timbang Tara sebagai usaha terakhir dan muktamad. Mahkamah Tetap Timbang Tara bertindak selaku pendaftaran dalam timbang tara itu. 

Prosiding timbang tara itu dibuat mengikut peraturan prosedur yang dipersetujui oleh Malaysia dan Singapura, dan didengar di hadapan tiga orang anggota tribunal timbang tara yang dilantik kedua-dua negara.

M+S Pte Ltd ialah syarikat usahasama pelaburan yang dimiliki Khazanah Nasional Malaysia dan Temasek Holdings Singapura.


 

Tags / Kata Kunci: tanah , KTMB , Singapura

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan