Presiden Zambia Meninggal Dunia Pada Usia 77 Tahun

Diterbitkan: Khamis, 30 Oktober 2014 9:26 AM

(Ubah saiz teks)

LUSAKA (Zambia): Presiden Zambia, Michael Sata atau lebih dikenali sebagai 'Mr King Cobra' berikutan kelantangannya bersuara meninggal dunia pada Rabu di London.

Kesihatan Sata,77, semakin buruk sejak dua bulan lalu dan jarang kelihatan di tempat awam.

Bagaimanapun pihak kerajaan tidak mendedahkan lebih lanjut punca kematiannya itu, namun media Zambia melaporkan presiden itu mengalami masalah kegagalan beberapa organ.

Sata mula memegang jawatan ini sejak tahun 2011.

Naib Presiden, Guy Scott akan mengambil alih pucuk pimpinan negara itu.

Scott menjadi lelaki kulit putih pertama mengetuai negara sub-Sahara Afrika selepas 1994 setelah Afrika Selatan menggunakan undang-undang majoriti.

Berdasarkan peruntukan undang-undang, Scott,70, tidak layak dilantik memegang jawatan itu memandangkan ibu bapanya bukan rakyat Zambia.

Bekas Menteri Pertanian dan Menteri Kewangan itu berkata, buat sementara waktu beliau akan mengambil alih kerusi presiden.

"Pilihanraya untuk jawatan ini akan mengambil masa selama 90 hari. Saya akan menjadi presiden sementara waktu.

"Tempoh bergabung bermula hari ini. Kita akan merindui presiden dan komander kesayangan semua," jelas Scott.

Sata menghembus nafas terakhir di Hospital King Edward VII  disisi isterinya, Christine Kaseba-Sata dan anak lelakinya, Mulenga Sata yang memegang jawatan ketua di Lusaka iaitu ibu negeri Zambia.

Tags / Kata Kunci: Zambia , Michael Sata

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan