Vanu Gopala Menon Dilantik Pesuruhjaya Tinggi Baharu Ke Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 29 Oktober 2014 11:57 PM

Vanu Gopala Menon.

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Singapura telah melantik Vanu Gopala Menon, 54, sebagai Pesuruhjaya Tinggi yang baharu ke Malaysia, berkuat kuasa 10 November ini.

Beliau akan menggantikan Ong Keng Yong.

Kementerian Luar Singapura dalam kenyataan pada Rabu berkata Menon menyertai kementerian itu pada Jun 1983 dan berkhidmat sebagai timbalan setiausaha dari Ogos 2011 hingga Oktober 2014.

Beliau merupakan duta bukan pemastautin di Kesatuan Afrika dari April 2013 hingga Oktober 2014 dan pada masa sama duta ke Habsyah dari Ogos 2013 hingga Oktober 2014.

Menon merupakan wakil tetap Singapura ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York dari Ogos 2004 hingga Ogos 2011 dan pada masa sama menjadi Pesuruhjaya Tinggi ke Kanada dari November 2004 hingga Mei 2008.

Dari Disember 2001 hingga Ogos 2004, beliau menjadi wakil tetap di PBB dan dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) di Geneva dan pada masa sama menjadi duta ke Turki.

Menon mendirikan rumah tangga dengan Jayanthi Menon dan mempunyai seorang anak lelaki.

Kementerian itu mengumumkan pelantikan T. Jasudasen sebagai duta bukan pemastautin Singapura ke Kesatuan Afrika dan Sudesh Maniar sebagai duta bukan pemastautin ke Timor-Leste.
Tags / Kata Kunci: Vanu Gopala Menon , Singapura

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan