'Orang Mati' Dihukum Penjara 30 Tahun Kerana Menipu Pelabur

Diterbitkan: Rabu, 29 Oktober 2014 6:00 AM

Dua penampilan berbeza Price, iaitu ketika menjadi pengurus bank (kiri) dan ketika ditahan (kanan) pada Disember tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

STATESBORO, Georgia: Bekas penasihat pelaburan dihukum penjara 30 tahun kerana menipu sehingga menyebabkan sebuah bank muflis, pelabur mengalami kerugian dan mengelirukan mahkamah sehingga membolehkan dia diisytihar mati.


Aubrey Lee Price, 48, kembali ke Mahkamah Daerah Statesboro pada Selasa untuk mendengar penghakiman hukuman ke atasnya selepas dia mengaku salah atas tuduhan menipu bank dan syarikat pelaburan Jun lalu.

Dia kehilangan AS$40 juta (RM131 juta) yang dikumpul daripada 115 pelanggan syarikat pelaburan persendiriannnya.

Pendakwa berkata, Price juga secara salah membelanjakan wang dan menyebabkan Bank Montgomery kerugian AS$21 juta (RM68.8 juta) ketika bertugas sebagai pengarah bank.

Price menghilangkan diri pada Jun 2012, beberapa minggu sebelum bank berkenaan menutup operasinya dengan semua aset dan simpanan habis tergadai.

Sebelum melarikan diri, Price meninggalkan surat mendakwa dia bercadang terjun dari bot untuk membunuh diri.

Pada Disember 2013, setahun selepas seorang hakim di Florida mengisytiharkan Price mati berdasarkan permohonan isterinya, dia ditangkap dalam pemeriksaan polis trafik berhampiran Brunswick, Georgia.

Menyedari tembelangnya pecah, Price membuat perjanjian dengan pendakwa dengan bersetuju mengaku salah atas tiga tuduhan menipu dan menerima hukuman penjara 30 tahun.

Price juga bersetuju membayar semula puluhan juta dolar duit bank dan pelabur yang dihanguskannya selepas berjaya meyakinkan mahkamah supaya melantik peguam bela bagi pihaknya kerana dia pokai.

Ketika diberi peluang bercakap di mahkamah, Price mengaku bersalah tetapi turut menuding jari kepada pegurus lain di bank terbabit kerana menyumbang kepada penutupan institusi kewangan berkenaan.

Dia kemudian berjanji untuk mengumpul semula wang berkenaan.

"Kepada semua pelanggan yang ada di sini atau di luar sana, adalah penting untuk mereka memahami bahawa saya mencuba sedaya upaya mendapatkan semula wang mereka," katanya.

Dalam perbicaraannya pada 5 Jun lalu, Price memberitahu dia menipu pelanggannya dengan memberikan mereka penyata kewangan palsu untuk menutup kerugian dialami hasil aktiviti perdagangan spekulatif dan pelaburan berisiko tinggi.

Tags / Kata Kunci: Aubrey Lee Price , Statesboro , muflis

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan