Lahar Gunung Kilauea Di Hawaii Semakin Hampiri Rumah Penduduk - Berita Dunia | mStar

Lahar Gunung Kilauea Di Hawaii Semakin Hampiri Rumah Penduduk

Diterbitkan: Selasa, 28 Oktober 2014 4:22 PM

Gunung berapi Kilauea.

(Ubah saiz teks)

KAILUA-KONA: Lahar Gunung berapi Kilauea di Hawaii yang meletus sejak beberapa bulan lalu kini hanya 70 meter dari kawasan kediaman penduduk, kata pihak berkuasa pada Isnin.

Penduduk yang tinggal berhampiran kawasan letusan lahar kini dinasihatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dan mungkin dipindahkan.

Letusan lahar yang pertama berlaku pada 27 Jun lalu tetapi berhenti seketika pada lewat September lalu sebelum aktif semula beberapa minggu lalu.

Lahar tersebut mengalir sejauh 275 meter sejak pagi Ahad.

Menurut jurucakap Jabatan Pertahanan Awam, lahar tersebut mengalir kira-kira 10 hingga 15 meter sejam.

Namun, aliran lahar kembali perlahan iaitu dua meter sejam lewat petang Isnin.

Dua batang jalan telah ditutup dan Pasukan Bulan Sabit Merah telah membuka bilik kecemasan.

Perkara itu disahkan oleh Pejabat Datuk Bandar Billy Kenoi.

Kilauea dianggap sebagai gunung berapi paling aktif di dunia dan menurut saintis, aktiviti terkini ialah letusan berterusan yang bermula sejak tahun 1883.

Gunung berapi tersebut dikatakan telah meletus sebanyak 34 kali sejak tahun 1952.




Tags / Kata Kunci: gunung berapi Kilauea , Hawaii

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan