Google Glass Kesan Pesalah Jalan Raya Di Dubai

Diterbitkan: Selasa, 28 Oktober 2014 3:37 PM

Anggota polis trafik Dubai menggunakan peranti Google Glass ketika bertugas.

(Ubah saiz teks)

DUBAI: Polis trafik di sini mula menggunakan peranti Google Glass untuk mengawasi pesalah jalan raya di setiap laluan seluruh negara itu.

Ketua Pengarah Polis Trafik Dubai, Saif al-Mazrouie berkata, peranti itu digunakan untuk kali pertama di rantau itu.

“Menerusi penggunaannya, peranti itu membantu anggota polis merakam pesalah trafik dengan kamera.

“Imej itu kemudian dihantar ke Ibu Pejabat Polis Dubai menggunakan sistem khas untuk diteliti sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya.

Google Glass juga boleh mengenal pasti kenderaan yang dikehendaki polis.

Kata Saif lagi, polis hanya perlu melihat ke arah nombor kenderaan terbabit dan secara automatik Google Glass akan mengimbasnya.

Seterusnya, data akan disalurkan kepada pihak berkuasa jika kenderaan itu mempunyai rekod kesalahan.


Tags / Kata Kunci: Google Glass , trafik , Dubai

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan