Lelaki Ditahan Adakan Seks Dengan Anjing Peliharaan

Diterbitkan: Isnin, 27 Oktober 2014 11:37 AM

(Ubah saiz teks)

MIAMI: Seorang lelaki didakwa bertindak kejam terhadap anjing peliharaannya, Piglet kerana mengadakan seks dengan haiwan itu.


Jonnie Boggess ditahan selepas kumpulan hak asasi haiwan membuat laporan mendakwa lelaki berusia 47 tahun itu mengadakan seks dengan anjingnya.

Susulan itu, siasatan dilakukan terhadap lelaki berkenaan dan dia menafikan bertindak kejam atau mengasari, seperti dilaporkan kumpulan itu.

Pihak berkuasa memaklumkan, Boggess mendakwa dia tidak bertindak kejam dan tidak menyalahi undang-undang kerana berat Piglet melebihi 18 kilogram dan ia sudah dimandulkan.

Malahan, lelaki itu juga mendakwa dia tidak bertindak kasar ketika mengadakan seks dengan Piglet.

“Boggess memberitahu, selepas mengadakan seks dengan anjingnya, dia akan memeluk Piglet, membelainya dan memberitahunya dia mencintainya,” kata jurucakap polis daerah Kanawha, Sarjan Larry O’Brien.

Selepas beberapa lama disoal siasat, Boggess akhirnya mengakui dia sepatutnya tidak mengadakan seks dengan anjingnya dan mendakwa mabuk ketika melakukannya.

Bagaimanapun, jiran Boggess tidak mempercayai pengakuan yang dibuatnya.

“Dia sering mengadakan seks dengan haiwan. Kami tidak hairan dia ditangkap kerana perbuatannya itu,” kata seorang jirannya.

O'Brien berkata, anjing berkenaan diserahkan kepada pihak berkuasa dan Boggess kini menunggu masa untuk dikenakan tindakan mahkamah.


Tags / Kata Kunci: Piglet , Jonnie Boggess , Kanawha

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan